Tekanan Emosi Dewasa dan Kanak-Kanak?
Tekanan emosi boleh muncul dari pelbagai aspek. Tekanan emosi juga boleh berpunca daripada sekecil-kecil masalah sehingga sebesar-besar masalah. Tekanan emosi ini bergantung bagaimana individu itu melihat masalah. Sebagai contoh ada yang mengangap kesesakan lalu lintas boleh menyebabkan tekanan emosi, ada yang tidak. Sedarkah kita bahawa kanak-kanak juga tidak telepas daripada mengelami tekanan emosi. Namun begitu masalah tekanan emosi dalam kalangan kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang serius (Kasmini Kasim, 1998). Sebagai contoh ramai yang tidak sedar penceraian merupakan salah satu faktor yang menyumbang terhadap penderaan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Penderaan terhadap kanak-kanak dibahagikan kepada empat
jenis penderaan yang utama, iaitu penderaan fizikal, penderaan
seksual, penderaan kerana mereka diabaikan penjagaan dan
penderaan emosi (Malaysia 1991).
Tekanan Emosi kanak-kanak adalah Penderaan Emosi kanak-kanak.
Penderaan emosi ialah sekiranya terdapat gangguan yang
kerterlaluan atau boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak
yang dibuktikan dengan adanya gangguan mental atau
tingkah laku, termasuk keresahan, kemurungan, pengasingan diri,
tingkah laku agresif atau kerencatan perkembangan. Definisi
penderaan emosi masih kabur dan tidak jelas. Penderaan ini tidak
seperti penderaan fizikal, seksual dan pengabaian penjagaan di
mana pihak pekerja perubatan, perundangan, kepolisan, sosial dan
masyarakat umum boleh mengenali masalah ini dengan mudah.
Ketiga-tiga jenis penderaan ini sudahpun dimasukkan ke dalam
Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 yang baru digubal (Malaysia
1991).
Ramai yang tidak cakna mengenai penderaan emosi dalam kalangan kanak-kanak ini. Malah simtom-simtop seperti sering sakit kepala, sakit perut, sering kencing malam, kurang selera makan, pucat, muntah, tingkahlaku agresif dan pelbagai lagi sering diangap sebagai pekara normal. Sedangkan simtom itu menunjukkan terdapat berlaku penderaan emosi dalam kalangan kanak-kanak jika diselidik dengan betul. simtom-simtom ini berbeza pada setiap kanak-kanak.
CONTOH :
- Dalam satu kes lain pila , seorang kanak -kanak berusia enam tahun dibawa ke klinik kerana sering kencing malam sejak sebulan yang lalau . Apabila diperiksa , kesihatannya didapati memuaskan tetapi apabila diselidik keadaan psikososial keluarganya , saya diberitahu bahawa si ayah telah pergi berkursus ke luar negeri selama enam bulan. Kanak -kanak ini amat rapat dengan ayahnya. Ketiadaan ayahnya menyebabkan dia tidak mendapat perhatian yang diharapkan. Tekanan emosi akhirnya menyebabkan dia sering kencing malam dan mencuri barang -barang kawan -kawannya ditadik
Ciri-ciri Penderaan Emosi
Penderaan emosi berlaku apabila ibu bapa atau penjaga gagal
memberi kasih sayang dan penjagaan secara berterusan, sering
mengancam mengutuk dan/atau menjerit kepada anak. Keadaan
ini menyebabkan kanak-kanak hilang keyakinan, harga diri dan
menunjukkan tingkah laku cemas dan/atau pengasingan diri
sehingga terganggu kesihatan mental mereka (Thompson & Kaplan
1996). Ciri-ciri ini mengambil kira empat perkara yang tertentu
iaitu:
1. Tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang tidak sihat.
2. Bentuk interaksi.
3. Kelemahan kanak-kanak.
4. Kerosakan psikologi.
Bagaimana untuk mengatasi tekanan emosi dalam kalangan kanak-kanak?
2. Berikan perhatian dan sentiasa luangkan masa bersama.
3. Tidak terlalu cepat menghukum tindakan kanak-kanak tersebut
4. Tidak memberika lebel kepada kanak-kanak tersebut seperti 'lembab' 'degil' dan sebagainya.
kesimpulan
Pengenalan awal terhadap kes penderaan emosi di kalangan kanakkanak
adalah penting. Ini kerana kanak-kanak masih melalui
perkembangan fizikal, mental dan psikologi. Setiap detik gangguan
boleh membawa pelbagai reaksi dan padah yang berpanjangan
sehingga menggangu saat-saat penting dalam perkembangan kanakkanak.
No comments:
Post a Comment